Wednesday, November 7, 2012

...KEHILANGAN....

Pernahkah anda melalui situasi yang terlalu sukar??
Percayakah anda pada sesuatu yang belum pasti manjadi milik anda buat selamanya??
Pernahkan anda mempunyai seorang atau lebih kawan yang suka mendedahkan tabiat buruk dan perangai pelik anda??

percaya atau tidak..
alami atau tidak..

yang pasti perkara ini telah berlaku pada diri ku...
perasaan kecewa sentiasa ada dalam hati dan fikiran ku bila mengenangkan saat itu.
kehilangan seorang kawan dan sahabat baik dari sekolah rendah hingga umur ku kini mencecah hampir 24 tahun ini amat-amatlah perit. Perasaan bersalah kerana terlalu menganggap dialah kawan dan sahabatku dunia akhirat selalu bermain di fikiran. Perasaan kecewa dengan tingkahnya mencanang cerita mengenaiku amat mendalam.

Dalam mengejar waktu yang kian pantas berlalu ini, aku berdoa moga apa yang berlaku itu hanya salah faham dan aku dan dia dapat kembali menjadi kawan dan sahabat. Biarpun ianya hanya sekadar bertegur sapa, ia sudah memadai untuk meleraikan kekusutan yang berlaku.


SAHABATKU...

Percayalah...
aku sentiasa memaafkan mu...
aku sentiasa mendoakan kebahagiaan dan kejayaan mu...
aku sentiasa berharap keikhlasan mu..
aku sentiasa mendambakan kamu faham akan situasi dan keburukan ku...

Jika kamu rasa aku yang bersalah...
aku mohon maaf atas kekhilafan ku itu..
aku tahu aku bukanlah insan yang sempurna sikap..
aku hanya insan kerdil yang sentiasa berada dalam putaran kekhilafan..